Saturday, April 19, 2014

Tips untuk jadi wanita yang bahagia



Assalamualaikum dan Salam hujung minggu ladies. Moga semuanya ceria dan gembira sentiasa.

Pelik, kadang kala ada orang wang banyak tapi hati tak tenteram. Ada pula yang wang tak cukup tapi masih boleh tergelak ria. Kerana apa? Kerana kunci untuk hati bahagia bukanlah wang.

Ya wang itu perlu dalam hidup, tapi ia tidak boleh beli kegembiraan & kebahagiaan. Ia boleh beli servis dan barang fizikal , seperti baju :)

Hari ini nak share 5 tips untuk jadi wanita yang bahagia. Kenapa wanita?
Kerana rata-rata yang kunjungi blog ini ladies. So kita utamakan yang utama ya.

1) Solat Pada Waktu
Jika rasa diri kosong, tidak tenteram, inshaAllah Solat dengan betul dapat membantu.
Ingatkan diri, yang punya kuasa untuk bolak balik kan hati kita siapa? Allah swt kan?
Jika dulu solat ada yang tak sengaja tertinggal, lengkapkan solat.
Jika dulu solat lewat , cuba solat awal waktu, mudah-mudahan tenang jiwa raga.

2) Jangan berdendam

Ini biasanya menganggu pemikiran kita, emosi kita dan boleh ganggu fizikal.
Ya, orang yang kita dendam tak pun rasa apa, kita sorang terseksa.

Learn to let go. Aura negatif ni tiada guna pun, tak membantu kita. Belajar untuk lepaskan dendam.
Jangan buang masa, tenaga, dan pening kepala dengan dendam.
Hidup sekejap je, fokus pada benda yang lebih mendatangkan manfaat pada diri.

3) Jangan bawa masalah ke tempat tidur

Antara keburukan bawa masalah ke tempat tidur - anda tak dapat tidur lena.
Masalah tu esok-esok pikir , nak tidur jangan pikir lagi.

Kalau nak pikir juga, doa pada Allah untuk bantu selesaikan masalah itu,
lepas tu lupakan hal itu dan tidur.

Jika tidur terganggu, prestasi kita esoknya terganggu, fokus terganggu, macam-macam lah terganggu,
ini keburukan bawa problem ke tempat tidur. Bila macam-macam dah terganggu macamana nak hepi kan?

4) Makan dengan sihat

Mungkin ada yang rasa pelik. Apa kena makan dengan rasa bahagia pulak?
Simple je sebenarnya, bila kita ikut diet yang sihat, badan kita akan jadi sihat,
kita cergas & bertenaga, jadi macam-macam kita boleh buat.

Jika badan sihat ,nak buat kerja rumah pun rasa malas, kalau nak ke ofis pun rasa tak bermaya ,
ini menganggu perasaan ceria kita.
Cubalah jaga kesihatan, badan sihat, cergas, kekal aktif inshaAllah emosi pun positif.

5) Bersyukur, bersyukur, bersyukur

Antara masalah kerap adalah kurang bersyukur dengan apa yang kita ada.
Selain itu suka banding membanding dengan orang lain, jangan! Hargai apa yang kita ada,
apa yang kita ada tak semua orang lain ada.

Tak perlu rasa kita nasib malang lah, merungut lah, itu lah , ini lah.
Ini semua memakan diri. Hentikan semua pikiran pelik dari minda.

Take a moment, lihat apa yang dikurniakan pada anda, appreciate it.
Perasaan syukur amat membantu menjana rasa bahagia dalam diri, sungguh.

Ok tu je tips, harap dapat membantu serba sedikit :D

Jadi wanita yang ceria, gembira & bahagia ya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

EMAIL kami untuk sebarang cetusan idea, pendapat atau feedback (( aeshcame@gmail.com ))
LAYARI WEBSITE untuk beli belah (( www.imannabdul.com ))

2 comments:

Shida Muid said...

Tq for sharing the great tips sis. Mudah2an dapat jadi peringatan untuk kita semua. Memang banyak duit saja tak menjamin kebahagian hati. Lihat saja la artis2 dibarat sana tu. Pelbagai masalah melanda. Sebagai orang islam, Solat paling utama. Tiang agama.

aesh came said...

Most welcome dear :)
Ya betul sangat, i agree with you

Kami Lebih updated di FB, Please LIKE us :)

Isikan email anda dan dapatkan updates dari kami! Sebuah email verifikasi akan dihantar ye..