Saturday, April 12, 2014

Nak pakai apa hujung minggu ini?

Assalamualaikum,

baru-baru ni ada seorang customer minta cadangan macamana nak pakai warna ceria tapi tak nak menonjol sangat.

Senang je, warna ceria memang cantik, tapi tak semua orang biasa kerana biasa warna ceria ni agak terang.
Antara tips yang mudah ialah padankan dengan warna natural yang gelap. Seperti HITAM atau COKLAT GELAP.

Boleh je pilih warna oren , kuning, hijau pucuk pisang, biru muda.

Disini kami selitkan contoh pemakaian warna oren. Piliah warna yang pudar sikit maka tak terlalu terang dan menonjol sangat.

Yang utama, pilih lah design yang longgar, labuh cover aurat elok-elok. Kerana pakai warna apa pun jika ketat akan jadi menonjol tapi dalam cara yang kurang elok. Kita nak jadi wanita muslimah kan?
Selamat duni akhirat inshaAllah.





Contoh BLOUSE NAURAH ni. Molek je kami padankan dengan PALAZZO DIANA.
Aksesori warna gelap dan shawl kami pilih serona dengan outfit tapi berbunga untuk tambah manis.
Kalau rasa over sangat berbunga tu, pilih je shawl hitam kosong pun dah ok.

Bila pakai warna natural yang gelap ni akan menstabilkan penampilan anda,
tak lah macam buah oren sangat, heh.

Ok selamat mencuba warna ceria semua. Thank you for dropping by.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

EMAIL kami untuk sebarang cetusan idea, pendapat atau feedback (( aeshcame@gmail.com ))
LAYARI WEBSITE untuk beli belah (( www.imannabdul.com ))

No comments:

Kami Lebih updated di FB, Please LIKE us :)