Wednesday, February 26, 2014

Tips pemakaian untuk bebadan kecil molek (petite)

Assalamualaikum ladies.
Antara masalah yang sering saya dengar, "Saya ni small-sized , nak pakai apa nampak lebih tinggi? "

Ok. Kami ada sedikit tips yang ingin dikongsi, dari segi pemakaian,
bagaimana anda harus menggayakan outfit anda agar tidak terlalu ketara anda kecil atau petite.

Tips #1

Jauhi pakaian yang ketat melekat. Utama kerana menampakkan aurat.
Yang kedua jangan ingat anda pakai ketat nampak seksi, lebih lagi bagi anda yang bertubuh kecil,
amat tidak sesuai kerana akan terlalu ketara potongan badan anda yang kecik.

Tips #2

Jauhi juga pakaian yang terlalu longgar, pakai yang sednagn sahaja, jika potongan sedikit longgar tetapi bahu dan lengan secocok dengan potongan badan anda tak mengapa.
Tapi jangan pilih baju dengan size 2 atau 3 kali besar dari size badan anda. Ini bukan sahaja akan mencacatkan penampilan anda tetapi juga tidak selesa.

Tips #3

Bila anda berseluar, pilih lah yang straight cut. Ini akan membuat anda tampil lebih tinggi :)
Lebih sesuai jika anda pilih warna yang gelap sedikit.

Tips #4

HANBAG BESAR. No, no, no.
Anda kan comel, pilih handbag yang comel juga. Handbag yang terlalu besar & bulky sangat tidak sesuai dengan badan yang kecil. Akan kelihatan seperti seorang budak dengan beg sekolah yang besar...
boleh bayangkan?

Tips #5

Pilih satu warna. Lebih selamat. Jangan terlalu ber colour-blocking. Jika mahu bercorak boleh pilih jalur menegak untuk nampak lebih tinggi :)

Itu saja tips buat post kali ini. Terima kasih sudi singgah.

EMAIL kami untuk sebarang cetusan idea, pendapat atau feedback (( aeshcame@gmail.com ))
LAYARI WEBSITE untuk beli belah (( www.imannabdul.com ))

No comments:

Kami Lebih updated di FB, Please LIKE us :)