Tuesday, January 14, 2014

Tips untuk tampil lebih slim (Tanpa perlu diet)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Thank you kerana bersinggah ke blog ini.

Sejak berkecimpung dalam dunia fesyen dan pakaian ini, ramai customer yang bertanya tentang jenis warna serta design yang boleh membantu mereka kelihatan lebih slim bil amengenakan pakaian. Diet pun boleh tapi mengambil masa sedikit dan usaha yang lebih , namun inshaAllah berbaloi.

Berbalik pada topik asal, pemakaian untuk tampil lebih slim. Disini saya ketengahkan corak serta design yang lebih sopan serta sesuai untuk masyarakat islam.

Tips #1 BERANI BER-COLOUR BLOCK

Ada yang masih meragu-ragu dengan colour block? Tak perlu terlalu risau,
pemilihan warna yang betul akan membantu anda tampil menawan , elegan & slim.

Colour block dapat menimbulkan ilusi pada pemandangan orang kerana terdapat lebih dari satu warna untuk difokus oleh mata.

Corak menjalur kebawah lebih menekankan ke-slim-an anda berbanding colour block top & skirt.




Tips #2 PEMILIHAN CORAK, BIAR KECIL & MINIMUM

Untuk jenis plus size, tak berapa sesuai jika anda kenakan corak yang juga plus size. Corak besar akan buat anda kelihatan lebih besar, maka pilih corak kecil yang comel-comel , ini akan membantu anda kelihatan lebih susut dari size asal. Atau jika boleh pilih material plain , kurang bercorak seperti dress pink di atas ni, cuma sedikit lace di dada. tak perlu over.

simple is best.

Tips #3 POSTUR BADAN, BIAR BETUL

Tahukah anda, ramai orang berdiri, berjalan dan duduk dalam postur yang salah?

Bukan sahaja ia tidak bagus untuk fisikal badan, malah ia lebih teruk bagi penampilan anda.

Tegakkan tulang belakang, bernafas dengan betul menggunakan perut, jalan jangan menyeret.
Surprisingly, postur badan yang betul bukan sahaja dapat membantu anda kelihatan kurus malah dapat meningkatkan keyakinan anda.

Best kan?

Tips #4 PILIH WARNA GELAP

Tak nak colour block? Pilih warna gelap.

Warna gelap akan membuat anda kelihatan kecil. Warna terang, sebaliknya.

Okay itu saja tips yang dapat saya kongsi kan pada kali ini. Saya amat tertarik untuk mengetahui lebih mendalam dalam bidang warna serta design yang sesuai untuk jenis-jenis tubuh.

InshaAllah segala informasi yang saya dapat gali akan saya sharing-sharing disini untuk tatapan anda semua. Harap dapat membantu, yang kurang maafkan ya.

Terima kasih sekali lagi sudi berkunjung ke blog ini.

Jangan lupa ,

LIKE US ON FB >>> Imann Abdul Gallery

FOLLOW US ON INSTAGRAM >>>  Imann Abdul

No comments:

Kami Lebih updated di FB, Please LIKE us :)