Sunday, December 29, 2013

Tips Memilih Warna pakaian

Assalamualaikum semua. Baru-baru ini saya terserempak ilmu baru mengenai warna pakaian dan kesan nya pada penampilan diri kita.

Pernahkah anda sedar bahawa pemilihan warna yang salah boleh menyebabkan mood anda merudum?

Pernahkah anda sedar pemilihan warna yang tepat membantu anda tampil ceria, bertenaga hingga mampu menawan bulan sekalipun? (over pulak ye)

Hari ini, memandangkan ini pembukaan topik mengenai warna. Saya kan berkongsi beberapa warna yang inshaAllah padan dengan semua jenis kulit. Tidak kisah lah kulit gelap, cerah atau diantara kedua ini.

Ada 4 warna utama, yang inshaAllah sesuai dengan setiap rona kulit. ((Dipetik dari attireclub.org))



  • MERAH TERANG
  • PINK PUCAT
  • UNGU GELAP
  • BIRU TURQUOISE

Berita baik, semua warna ni kini in trend. Mudah untuk memilih pakaian dengan warna sebegini.

Jika anda gemar perhatian dan seorang yang berani, boleh pilih merah.

Pink pucat serta biru turquoise agak tenang dan menampilkan perwatakan yang disenangi ramai.

Warna ungu , sangat versatil dan antara warna ang paling mendapat sambutan ramai setakat ini.

Itu saja buat kali ini. InshaAllah lepas ni kami akan update lagi more info menarik. Nak kena timba ilmu dulu... Terima kasih daun keladi. Lain kali singgah lagi...

P/S Website kami dalam sedikit masalah,
sebarang rujukan stok baru, jemput singgah FB >> https://www.facebook.com/imannabdulgallery

No comments:

Kami Lebih updated di FB, Please LIKE us :)