Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada para pengunjung yang dikasihi. Hari ini just nak share sedikit tips berkaitan online shopping. Kami tahu kadang kala bila beli pakaian online ni ada kekurangan sebab kita tak dapat nak pegang-pegang, rasa-rasa material kan?
Kalau and jenis kenal kain adalah lebih mudah, malangnya kadang kala satu jenis kain itu ada bebrapa variasi dan mungkin apa yang ditulis penjual tidak sama seperti apa yang kita fikirkan. Apa yang boleh anda lakukan adalah BERTANYA. Ya, tidak salah kan untuk bertanya?
Contoh Material LYCRA, boleh tanya jenis tebal atau nipis. 100% lycra atau ada campuran. Mungkin masih tidak dapat tahu dengan pasti sekurang kurangnya ada idea jenis kain macam mana.
Untuk pakain free size, pastikan anda rujuk sizing dengan betul, paling selamat beri ukuran badan anda pada penjual dan nyatakan sekiranya anda prefer longgar atau tidak. Kerana kebanyakan jenis free size ini bila besar sikit agak melekat. Juga boleh perhatikan pada design, ada design yang slim cut dan ada juga yang loose cut. Semua pilihan dalam tangan anda, tanya betul-betul sebelum membeli agar tiada kesilapan yang berlaku.
Sedikit tips , harap membantu :)
No comments:
Post a Comment