Tuesday, March 31, 2015

Tips Menutup Aurat Dengan Betul



Assalamualaikum ,
Saya terjumpa poster ini dan rasa ia amat menarik untuk dikongsi bersama
memandangkan yang berkunjung ke blog in rata-rata nya ladies dan beragama islam.

Pasti setiap wanita ingin menjadi wanita muslimah dengan cara yang betul :)

Sharing is caring, jom tengok tips ini...

1) Menutup Seluruh Badan , kecuali muka dan tapak tangan.

2) Tidak mempunyai hiasan berlebihan yang boleh menarik perhatian.

3) Tidak jarang , sebolehnya memilih material yang tebal.

4) Longgar , tidak ketat hingga menampakkan susuk tubuh.

5) Tidak berwangi-wangian
(Bila keluar bercampur khalayak ramai dan boleh dihidu oleh lelaki ajnabi , di rumah boleh pakai)

6) Tidak Menyerupai pakaian lelaki.

7) Tidak Menyerupai Pakaian agama selain Islam.

8) Tidak bertujuan untuk riak atau bermegah-megahan.

Sedikit petikan dari Al-Quran tentang ayat menutup aurat. Semoga bermanfaat.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nur ; 31)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Jumpa lagi di next post ya ladies, thank you kerana meluangkan masa membaca blog ini.

Assalamualaikum :)
P/S : INGIN DAPATKAN 20% DISKAUN LIFETIME OFFER?
PENDAFTARAN PERCUMA!


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

EMAIL kami untuk sebarang cetusan idea, pendapat atau feedback (( aeshcame@gmail.com ))
LAYARI WEBSITE untuk beli belah (( www.imannabdul.com ))

No comments:

Kami Lebih updated di FB, Please LIKE us :)